EKOSISTEM TERANCAM
AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM
1. Aktiviti manusia yang tidak terancang dan tidak diuruskan dengan betul boleh
mengganggu keseimbangan persekitaran semula jadi dan merosakkan ekosistem.
Kesan aktiviti manusia terhadap
ekosistem ditunjukkan dalam Jadual9.1.
Pencemaran
Pencemaran
adalah perubahan ciri fizikal,
kimia atau biologi persekitaran semula jadi yang tidak
dikehendaki disebabkan oleh aktiviti manusia.
Pencemaran
udara
Jadual9.1 menyenaraikan pelbagai sumber bahan pencemar udara.
2. Kesan
kepada bangunan
(a) Hujan asid mengkakis struktur logam
bangunan dan jambatan
(b) Jelaga dan habuk
menghitamkan bangunan
3. Kesan kepada pertanian
(a)
Jerebu menghalang cahaya matahari daripada sampai ke permukaan Bumi, lalu
menjejaskan fotosintesis
(b) Stoma ditutup oleh habuk dan
jelaga. lni menurunkan kadar fotosintesis.
(c) Hujan asid memusnahkan tumbuhan dan
mengurangkan produktiviti pertanian.
4
Kesan terhadap kesihatan manusia
Gas
berasid dan asap menyebabkan penyakit respirasi seperti asma, bronkitis,
kanser peparu, penyakit kuht, merengsakan mata, konjunktivitis.
5 Kesan terhadap haiwan, tumbuhan dan habitat
(a) Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida menyebabkan hujan asid yang melarut resap nutrien. Hal ini menyebabkan
tanah menjadi tidak subur.
(b) Hujan asid menyebabkan tanah
berasid, memusnahkan daun lalu menyebabkan
turnbuhan mati.
(c) Hujan asid merendahkan pH air, lalu
menyebabkan organisma akuatik mati.
(d) Asap, jelaga dan habuk menyumbat
hang stoma dan merendahkan kadar
fotosintesis.
6
Kesan terhadap iklim
(a) Menyebabkan jerebu yang
mengurangkan daya penglihatan dan membahayakan
kesihatan.
(b) Peningkatan karbon dioksida dalam
atmosfera memerangkap haba untuk
meningkatkan suhu Bumi dan menyebabkan kesan rumah hijau.
(b)
Ais di kutub menjadi cair dan menaikkan aras air laut yang menyebabkan banjir dan perubahan iklim.
Pencemaran air
1. Pembuangan kumbahan dan sisa domestik yang tidak dirawat ke dalam sungai
(najis, sampah sarap, detergen)
(a)
Menggalakkanpertumbuhan bakteria dan menyebabkan penyakit
(b)
Mengurangkan kepekatan oksigen dalam air disebabkan proses pereputan
(c)
Sampah yang tidak terbiodegradasi menghalang cahaya matahari daripada sampai
kepada tumbuhan akuatik, lalu mengancam kehidupan tumbuhan
akuatik
2. Pembuangan sisa industri (sisa organik dari kawasan pertanian, sisa kimia
bertoksik dari kilang elektronik)
(a)
Penguraian sisa organik mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air
(b)
Bahan kimia bertoksik yang tidak terbiodegradasi berkumpul di dalam badan
melalui rantai makanan. lni boleh merosakkan organ, menyebabkan kanser dan
mutasi
3. Pembuangan sisa pertanian (baja, tinja) yang mengandungi nitrat dan fosfat
(a)
Kepekatan nitrat dan fosfat yang tinggi di dalam sungai atau kolam menyebabkan
eutrofikasi
b)
Keperluan oksigen biokimia (B.O.D.)
(i) B.O.D. adalah jumlah oksigen yang
diambil oleh mikroorganisma yang menguraikan
sisa organik di dalam air.
(ii) B.O.D. mengukur aras pencemaran
air.
(iii)
Semakin tinggi nilai B.O.D., semakin rendah kepekatan oksigen terlarut di
dalam air.
(iv)
Nilai B. O.D. air (aras pencemaran air) boleh ditentukan dalam eksperim en
dengan menggunakan larutan metilena biru.
4. Tumpahan minyak
(a)
Tumpahan minyakdarikapal tangki minyak boleh mencemarkan air dan menyebabkan
kematian haiwan akuatik di dalam laut.
(b)
Tumpahan minyak juga mencemarkan pantai
PENCEMARAN TERMA
1. Pencemaran terma disebabkan
pembebasan haba yang berlebihan ke persekitaran.
2. Sumber
pencemaran terma adalah:
(a)
Pembuangan air panas dari kilang, reaktor nuklear dan stesen jana kuasa
(b)
Bangunan bercermin yang memantulkan sinar matahari dari satu bangunan ke
bangunan lain
Pencemaran bunyi
1. Pencemaran bunyi disebabkan oleh bunyi yang keterlaluan dalam persekitaran.
2. Pencemaran bunyi menyebabkan masalah pendengaran (pekak), kecederaan telinga,
sakit kepala, gangguan emosi dan mental, tekanan darah tinggi.
KESAN RUMAH HIJAU DAN PENIPISAN LAPISAN OZON
1. Kesan
rumah hijau disebabkan oleh haba yang diserap dan terperangkap dalam atmosfera oleh
gas rumah hijau (sepeti karbon dioksida, metana, klorofluorokarbon, nitrogen
oksida) dan menyebabkan pertambahan suhu atmosfera.
2. Pertambahan suhu Bumi secara keseluruhannya menyebabkan pemanasan global.
3. Punca
utama kesan rumah hijau adalah kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam
atmosfera.
4. Aktiviti yang menyebabkan pertambahan kepekatan karbon dioksida adalah:
(a)
Pembakaran bahan api di kilang
(b)
Pembakaran hutan
(c)
Penyahhutanan
(d)
Pembakaran sampah secara terbuka
(e) Penggunaan
klorofluorokarbon (CFC)
(f) Kenderaan
bermotor
Rajah
9.3 menunjukkan bagaimana kesan rumah hijau berlaku.
Kesan rumah hijau
1. Peningkatan aras laut. Ais mencair di kutub menyebabkan banjir.
2. Perubahan iklim. Suhu atmosfera yang tinggi meningkatkan kadar penyejatan,
menyebabkan kejadian kemarau clan banjir secara tiba-tiba. Perubahan arah angin
menyebabkan taufan clan ribut berlaku dengan lebih kerap.
3. Penghasilan pertanian. Hasil tanaman dan ternakan berkurang disebabkan kemarau
clan suhu tinggi yang melampau.
PENIPISAN LAPISAN OZON
1. Lapisan ozon di stratosfera menyerap sinar ultraungu dan menghalangnya daripada
sampai ke permukaan Bumi.
2. Punca
utama pemplsan ozon adalah disebabkan pertambahan penggunaan klorofluorokarbon (CFC) yang boleh menguraikan clan memusnahkan molekul
ozon. Bahan pencemar lain yang boleh memusnahkan ozon adalah halon, gas klorin
clan oksida nitrogen.
3. CFC digunakan
secara meluas sebagai agen penyejuk di dalam peti sejuk, penyaman udara, tin
aerosol, bekas makanan polistirena clan getah berbusa untuk membuat kusyen
clan tilam.
4. Proses
penipisan ozon oleh CFC
(a)
Sinar ultra ungu memecahkan molekul CFC (Rajah 9.4) di atmosfera. Satu atom
klorin dibebaskan.
(a)
Atom klorin yang sangat reaktif memecahkan molekul ozon kepacla klorin
monoksida dan molekul oksigen (Rajah 9.5).
(c) Atom
oksigen bebas cli atmosfera memecahkan ikatan klorin monoksida. Satu atom
klorin dibebaskan dan boleh memusnahkan lebih banyak molekul ozon.
Kesan
penipisan ozon
1. Terhadap
persekitaran
(a)
Menyebabkan kesan rumah hijau
(b)
Mengubah iklim dan cuaca
(c)
Menukar arah angin
2. Terhadap tumbuhan
(a)
Memusnahkan sel-sel daun, stoma dan klorofil. Ini merenclahkan kadar fotosintesis
dan mengurangkan hasil tanaman.
(b)
Memusnahkan organisma akuatik seperti fitoplankton dan mengganggu rantai
makanan di dalam air.
3. Terhadap kesihatan manusia
(a)
Menyebabkan kanser kulit
(b)
Merosakkan penglihatan clan menyebabkan kataraks
(c) Melemahkan sistem k.eimunan
manusia
4. Terhadap ekosistem
(a)
Memusnahkan plankton dalam rantai makanan dan mengganggu
keseimbangan
ekosistem di dalam air
(b)
Menjejaskan komponen abiotik dalam atmosfera dan menyebabkan ketakseimbangan dalam pelbagai ekosistem
KEPENTINGAN PENGURUSAN
AKTIVITI PEMBANGUNAN DAN EKOSISTEM YANG BETUL
Pembangunan adalah
penting:
(a) untuk memperbaiki
kualiti kehidupan dan memenuhi keperluan populasi yang semakin bertambah
(b) untuk menjalankan
pelbagai projek pembangunan
(i) Dalam pertanian
(ii) Dalam industri
DALAM PERTANIAN
1. Hutan
dibersihkan untuk memperbaiki kualiti hidup bagi:
(a)
menyediakan lebih banyak tempat tinggal
(b)
menambah makanan
(c)
menyediakan pengangkutan baik
2. Hutan
dibersihkan untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian dengan menggunakan
teknologi moden dalam pertanian.
DALAM INDUSTRI
1. Menarik pelabur asing untuk mempercepatkan kemajuan dalam sektor industri dan
menyediakan pekerjaan.
2. Memperbaiki kualiti hidup di kawasan luar bandar dengan menyediakan kemudahan
infrastruktur seperti projek rumah kos rendah, klinik, sekolah, jalan raya,
bekalan elektrik dan air.
Kesan Peningkatan Populasi
kepada Ekosistem
Projek
pembangunan seperti penyahhutanan untuk menampung populasi yang semakin bertambah
mendatangkan kesan sampingan terhadap ekosistem:
1. Kemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan yang menjejaskan rantai dan
siratan makanan serta menyebabkan ketakseimbangan ekosistem.
2. Kepupusan tumbuhan dan haiwan.
3. Hakisan tanah yang menyebabkan tanah menjadi tidak subur.
4. Pemanasan global dan pencemaran persekitaran disebabkan kekurangan pokok.
Langkah yang
Diambil dalam Pengurusan Aktiviti Pembangunan dan Ekosistem untuk Memastikan
Alam Semula Jadi yang Seimbang
1. Penguatkuasaan undang-undang Undang-undang dan peraturan digubal untuk
memelihara dan melindungi persekitaran:
(a) Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974, 1985
(b) Akta
Kilang dan Mesin 1967/1983
(c) Akta
Racun Serangga 1974 (d) Akta Perhutanan Kebangsaan 1984
(e)
Penilaian Kesan Alam Sekitar (ElA) memastikan semua projek pembangunan mesti
diluluskan sebelum kerja pembinaan dimulakan. lni untuk memastikan keseimbangan
antara pengurusan persekitaran dengan projek pembangunan.
2. Menggunakan teknologi untuk mengatasi pencemaran
(a)
Penggunaan bakteria pengurai minyak untuk membersihkan tumpahan minyak di
laut
(b)
Memasang cerobong kilang dengan alat khas untuk menapis partikel halus dan gas
bertoksik
(c)
Mengitar semula bahan buangan seperti kaca, logam, kertas, tin aluminium untuk
melindungi persekitaran dan memulihara sumber semula jadi
(d)
Menukar sisa organik kepada biogas seperti metana untuk digunakan sebagai
sumber bahan api dengan menggunakan bakteria
(e) Loji
rawatan menggunakan bakteria untuk menguraikan
(c)
Elakkan membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai
(d)
Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara memelihara
dan memulihara hutan yang merupakan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan.
5. Mengamalkan kawalan biologi
(a)
Gunakan pemangsa semula jadi ntuk mengawal populasi perosak.
(b)
Tidak menggunakan bahan kimia pertanian seperti pestisid. Maka, ini tidak akan
mengganggu keseimbangan ekosistem atau mencemari persekitaran.
6. Menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui
(a)
Tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan kehabisan dan tidak mencemarkan
persekitaran
b)
Contoh tenaga yang boleh diperbaharui adalah:
(i)
Tenaga solar
(ii)
Tenaga angin
(iii)
Tenaga ombak
(iv)
Tenaga geoterma
(v)
Tenaga biomas
(c) Tenaga
yang boleh diperbaharui boleh digunakan sebagai sumber tenaga alternatifbagi
bahan api fosil yang merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui
7. Penggunaan tenaga secara cekap Kecekapan penggunaan tenaga untuk mengelakkan
pembaziran boleh dijalankan dengan cara berikut:
(a)
Mengurangkan pembakaran arang batu, petroleum dan bahan api fosillain
(b)
Memperbaiki kecekapan bahan api kenderaan dan mesin
(c)
Menggunakan bahan api yang lebih bersih untuk mengurangkan bahan pencemar
No comments:
Post a Comment